bajetstudious

Wednesday, December 26, 2012

Dengan izin Allah

Dengan izin Allah
Aku
bisa menaip
bisa memikir tentang masa hadapan
bisa merasa keenakan masakan ibu
bisa melihat keindahan ciptaanMu
bisa merasa kehidupan sebagai pengembara di bumiMu
bisa melangkah ke sana sini

Dengan izin Allah
Aku
masih mampu tersenyum
masih mampu menangis
masih mampu bergelak ketawa
masih mampu berkata-kata
masih mampu meluahkan kata-kata

Semuanya adalah dengan izin Allah
tanpa izinMu tidak mungkin aku dapat bernafas di muka bumi ini
tanpa izinMu aku tidak mungkin dapat berbuat apa-apa

"Tiada tuhan yang berhak disembah melainkanMu,ya Allah"

Semua yang berlaku adalah dengan keizinanMu,
sesungguhnya aku ini hanyalah seorang hambaMu.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinanMu.


 tanpa izinMu aku mungkin bukan siapa-siapa



Sunday, November 25, 2012

Aku,Kau,Bola,Malaysia

assalamualaikum


25 November 2012

Malaysia vs Singapura - Piala Suzuki AFF 2012-
Malaysia tewas di tangan Singapura 3 - 0
Aku sangat kecewa dan sedih, tapi still aku akan tetap
sokong Malaysia, kata penyokong mestilah kene sokong pasukan
anda tak kira mereka menang atau kalah.That's the spirit !

Aku sangat ****** dengan segelintir penyokong Malaysia
Ah sudah lah ! kata penyokong Harimau Malaya
Masa menang masa juara je sokong ,puihhh
Masa Malaysia kalah tak nak sokong pula

Aku tak kisah kalau korang nak kritik Harimau Malaya
tapi cubalah bagi kritikan yang membina
ni tak duk mencarut , menyumpah ,keluarkan kata-kata yang tak elok
what  a shame ? Kalau kau rasa malu sangat dengan pasukan bola sepak Malaysia
just get out lah , shut your mouth !

Masa ni lah kau duk menyalahkan jurulatih lah pemain lah
asal tak kau je yang main , speak louder than action boleh lah !

Kepada pemain-pemain harimau malaya
tingkatkan kualiti permainan anda,bermain dalam satu pasukan ya !
All for one and one for all, Hidup tak selalu kat atas
sometimes kita kene ada di bawah juga untuk kita lihat
kekurangan diri kita dan perbaiki diri kita

Aku tetap aku , tak akan berhenti menyokong
jatuh bangun aku tetap secret admire HM..hehe
-semangat membara-bara-

Aku harap HM dapat perbaiki diri mereka dan teruskan usaha ! selagi belum
tamat perlawanan selagi tu lah peluang untuk menang sentiasa ada
walaupun 1%


Maaf aku sangat beremosi apabila diajak berbicara mengenai Harimau Malaya
sebab aku anggap Harimau Malaya tu macam pantulan aku
sebab we start from bottom ,from zero to hero ! hehe

Wednesday, November 7, 2012

velvet di Durham

assalamualaikum

alhamdulillah

7 nov 2012

Sudah dua hari aku menelaah novel Velvet di Durham
setelus hati aku katakan it is not a typical novel
it is a bit tough lah but awesome
Sebelum ni pergi bookstore duk usha-usha novel
and then terpandang satu novel yang aku rasa unik
"Velvet Di Durham" tapi tak beli pun
Selang beberapa hari cakap kat ayah ,
Nak pergi bookstore and dah  berbulan-bulan aku tak ada stok novel baru
novel quartet and hlovate tu pun  aku duk ulang-ulang baca

Akhirnya aku dapat beli novel ! Happy ! ^_^
''Saya muslim, Awak Iman ''
"Velvet di Durham "

"saya muslim,awak iman"
sangat best ! banyak menyedarkan aku tentang betapa kerdilnya diri aku ni
sebagai seorang muslim,banyak lagi aku perlu perbaiki pasal diri aku
tak rugi pun kau korbankan duit untuk beli novel ni

Velvet di Durham
a bit tough lah,kena hadam betul-betul apa yang penulis cuba sampaikan
banyak fasal falsafah.i like this novel ,thumbs up !
sangat unik dan banyak membuat kau berfikir
and masa aku beli novel ni aku terfikir what is Durham ????

After Spm aku dah tak baca novel,sekarang baru start balik
i like jemari seni now ! hehe
Aku sangat memilih
aku akan baca novel yang aku rasa ada value,unique
anyway i am waiting for hlovate new novel ..
bila agaknya ? can't wait..hehe







Sunday, November 4, 2012

hambaMu

assalamualaikum

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku 

 Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan
 ~Jika terakhir buatku~…SAUJANA


 
Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku
sesungguhnya,aku takut mati
adakah banyak amal dan ibadatku untuk dibawa mati?
persoalan ni yang seringkali bermain di fikiranku.

Ya Allah
kadang-kadang aku rasa kosong dalam hidup ni
mencari sesuatu dalam hidup
bila aku renung dan muhasabah diri balik
mungkin aku patut back to the basic,
iaitu kembali kepada Allah

tidak aku nafikan  selama ni aku terlalu lalai
dengan kehidupan dunia,
banyak dosa-dosaku padaMu
aku malu dengan diriku

Ya Allah
aku ingin memperbaiki diri
menjadi hambaMu yang beriman dan bertakawa
menjadi better muslimah
menjadi anak yang baik
menjadi sahabat yang baik
menjadi dan terus menjadi yang lebih baik

yah changing for good is not a crime
tapi nak mengekalkan 'baik' tu susah
memerlukan istiqamah yang berterusan

Ya Allah berikanlah aku kekuatan
dan ketabahan dalam melayari
kehidupan ini.

May Allah bless us until jannah

di kesempatan ini juga aku ingin memohon
maaf atas segala salah dan silap aku sepanjang
bergelar insan dan hamba Allah di muka bumi ini.

sesungguhnya aku ini hanya insan biasa yang tidak lepas
daripada melakukan kesilapan
dan sedang berusaha memperbaiki diri ini.





Sunday, October 28, 2012

which one do you prefer ?

The Road Not Taken by Robert Frost

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
* i love this poem ..banyak maksud tersirat
 
 

Saturday, October 27, 2012

speak out or shut up !

Assalamualaikum

"Oh yes, the past can hurt. 
But you can either run from it, or learn from it."
- Rafiki, from The Lion King


 very beautiful quotes from the lion king movie.
try search at mr google lah

 
Everybody has a past.
Everybody lives a present.
And Everybody deserves a future
-hlovate-




learn from history
learn  from mistake
not try and error
but try and learn


-don't understand !-
- take a breathe and try hadam apa yg aku tulis-
-hehe- May Allah bless us-
 

Friday, October 19, 2012

Syukur , Maaf

-assalamulaikum-

alhamdulillah masih diberi keizinan
oleh Allah untuk aku mencoret

alhamdulillah
tiada kata yang mampu ku ucapkan atas kurniaan Allah
Sahabat,keluarga dan sebagainya.

Aku terharu dengan sahabat-sahabatku
sungguh indah persahabatan ini Ya Allah

Maaf

Rewind ~

17/10/2012
-selepas final math aku dan classmates bercadang
nak pergi bandar untuk makan tengah hari
-tapi perancangan itu tidak menjadi atas kesilapan hambaMU
ini yang terlampau mementingkan diri..
-Aku bersalah ya Allah,Please forgive me Ya Allah
 -Please forgive me my lovely friends

i didn't meant to hurt you guys,
i am really sorry

 seriusly aku tak tahu korang nak sambut birthday aku masa tu.
Aku betul-betul menyesal buat korang macam tu
korang call aku tak angkat
mesej korang aku tak balas
and yang buat aku terharu korang call budak2 lain tanya aku kat mana

aku pula masa tu terlamapau pentingkan diri
aku batalkan racangan nak join korang
sebab hal kecil je.

aku tahu korang marah aku masa tu
aku minta maaf sangat
aku sayang korang


korang dah tak ada mood lepas tu
semua perancangan kita after final batal macam tu
dah lah last day untuk sem 1 pula tu...
-nak makan sama-sama
-main belon air
and macam-macam lagi..

wuwuwu,,sorry guys!

aku janji aku tak kan buat perangai childish macam tu lagi
ibu and roomate aku pun marah sebab aku buat korang macam tu
aku menyesal..

Thank you guys sebab sudi maafkan aku..


Aku bersyukur dapat kawan dan kenal korang-
Alhamdulillah ..Thank you Allah





Thursday, October 18, 2012

end OF semester

~assalamualaikum~

17/10/2012
berakhirlah semester 1 bagi budak part 1 AS120 
(UiTM JENGKA) jengka uh
*AS120-dip in science a.k.a DIS

Semestinya aku akan merindui my super duper awesome classmates
and roomates yang cool,hot and spicy ,delicious and whatsoever..haha

Walaupun sem 1 dah sampai penghujung,
tapi perjalanan kami sebagai budak AS120 masih jauh.
banyak lagi yang perlu ditempuh.

siapa kata budak diploma bersenang lenang.
snap ! snap !hehe

subjek untuk AS120
-Biology
-fizik
-kimia
-CTU
-BEL
-math (calculus tuuuuuu ...woahhhh $%@#)
-kokurikulum ( BPC )...hehe

one of the memory that i can't forget
aku nangis depan pensyarah..hehe
(aku tak dapat nak catch-up apa yg diajar) malu
Thanx kat my lovely miss yg sudi bantu
and dengar luahan hati aku..
aku sayang semua pensyarah AS1201C
they are  awesome super duper cute,kind,pretty,
handsome ...hehe


 ALHAMDULILLAH aku bersyukur dengan apa
yang Allah beri pada aku..

     Allah is the reason why even in pain,i smile :)
     in confusion i understand , in betrayel i trust and
in fear i continue to fight .I thanks Allah for all his support



MAY ALLAH BLESS US...




Friday, August 10, 2012

love



assalamualaikum...
guys you can check it out this blog  http://xeniagreekmuslimah.wordpress.com/..
i think it is very awesome blog...

Wednesday, May 23, 2012

Hijrah

assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah semakin ramai artis yang bertudung  sekarang.Seriusly,they are so beautiful wearing hijab.subhanallah.

Hijrah tu tak semestinya dengan wearing hijab je,tapi hijrah daripada semua aspek.Hijrah ke arah better person/muslim/muslimah.

Alhamdulillah bukan sahaja artis wanita malahan artis lelaki juga ada yang telah berhijrah.Awesome ! Amazing ! Thank you Allah.

Reflek diri kita ya.Jangan kita menghina or mencaci or mengumpat seseorang yang tak pakai tudung/tak menutup aurat.May be dia lebih baik daripada kita.(Ya tidak dinafikan bertudung itu lebih baik)

One more thing,kalau kita nak menegur seseorang tu gunakan cara yang baik ya.Budi bahasa budaya kita.

"Dia tak pakai tudung,tak tutup aurat,pakai baju seksi,konfem masuk neraka !"..Siapa kita untuk berkata begitu.Kita bukan tuhan yang menentukan syurga neraka.Kita hanya lah hamba Allah.Kita juga tak lepas daripada melakukan kesilapan.

"Setiap anak adam pasti melakukan kesilapan,dan yang paling baik antara mereka adalah yang bertaubat"(riwayat al-tarmizi)
Hijarah.Now or never. Not try and error but try and learn 

Ya Allah ,tuhan yang membolak-balikkan hati,teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkan kami kepada jalan ketaatan.
 * May Allah Bless us..Reflek diri kita
 

Thursday, May 17, 2012

Teman,Aku ingin

Teman,aku ingin..
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan terjalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit,

Serta tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai penjaga

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan tali maut,
akidah mantap tidak terrenggut,
roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid,rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
fikrahnya jernih,menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul

Aku cintkan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetapi mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di mahkamah Mahsyar nanti.

#Tautan Hati-FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN

Tuesday, May 15, 2012

Skuad Hoki Remaja

assalamualaikum

Alhamdulillah dan tahniah buat pasukan hoki remaja kebangsaan (skuad projek 2013).Gembira sangat tengok match Malaysia vs Pakistan.Lepas Malaysia menang,penyokong-penyokong semua turun dan jumpa pemain2.Oh I wish i can be there.hehe.

Bagi aku penantian 20 tahun (kalau tak silap) memang cukup berbaloi,hasilnya memang cukup membanggakan rakyat Malaysia.Semalam tengok kafe sukan kat astro arena,best tau pasal skuad hoki remaja.Especially masa diaorang bagitahu antara salah satu kejayaan,tampal kata-kata semangat kat lif,bila kamera zoom.Wow ! panjang betul kapten pasukan tulis kata-kata semangat.hehe

Aku harap sangat skuad projek 2013 ni dapat melayakkan diri ke pertandingan hoki piala dunia 2013 nanti walaupun tanpa 6 pemain (yang sudah melepasi had umur 21 kalau tak silap).


Moral of the story,berusaha lah walaupun kita kene start from the bottom.Usaha tangga kejayaan.Kejayaan tu tak datang bergolek tanpa usaha yang setimpal dengannya.Think about it ! Allah tu maha penyayang,setiap yang berlaku ada hikmahnya.Macam skuad hoki remaja yang menang piala asia 2012 setelah 20 tahun kempunan nak bawa balik piala.As long as kite bersabar dan berusaha.Keep moving forward.Perkara yang lepas dijadikan iktibar.Daebak !

I watch,i see, i write and i learn something.

Saturday, April 28, 2012

BERSIH

assalamualaikum..

BERSIH 3.0 telah berlangsung pada 28.4.2012~
Aku tak tahu lah apa perjuangan BERSIH ni sebenarnya.Aku tertanya-tanya apa yang korang perjuangkan.
Adakah anda tahu bahawa di facebook aku banyak cerita pasal BERSIH ni.Asal online semuanya pasal politik dan demonstrasi,ada yang menyokong dan ada yang membantah.

Okeh aku baca dua-dua pihak.Pihak penyokong kata lain pihak pembangkang kata lain.Mana satu lah agaknya yang betul.Laman fb aku dok penuh dengan masing-masing punya cerita.Pihak sana maki sini.Pihak sini maki sana.*pening


Tapi apa yang aku nampak kesudahannya korang bergaduh sesama sendiri,kerana perbezaan politik ,masyarakat bertelagah,berpuak-puak.Fitnah berleluasa,bermaki-makian..semua yang aku nampak ke arah negatif.

Bersederhanalah,jangan terlampau taksub dengan sesuatu parti politik tu.Berpolitik tidak salah asal kau jangan lupa tanggungjawab kau sebagai khalifah atau hamba Allah di muka bumi Allah ini.

Aku sayang dan cinta sangat-sangat Malaysia.My beloved country.Aku tak nak kita berpecah belah.Cuba lah belajar untuk bersyukur.

Tentu best giler kan kalau korang dapat buat demonstrasi ramai-ramai untuk kempen SAVE GAZA atau kempan-kempen amal,bantah program hiburan yang keterlaluan,bantah seks bebas,homoseksual dan sebagainya.

BERSIH ni ada pro dan kontra nya.Kerajaan tanpa pembangkang susah juga,nanti terlampau selesa.So,kerajaan dapat lah perbaiki kelemahan mereka.Macam saling melengkapi kan.Tapi pembangkang jangan lah terlampau asyik nak membangkang,cari salah kerajaan sampai lupa tanggungjawab pada masyarakat,bangsa dan agama.

Aku berharap pilihan raya dapat dijalankan secepat mungkin.Siapa yang menjadi pilihan rakyat?



Thursday, April 19, 2012

politik

assalamualaikum..

POLITIK di Malaysia,membuatkan aku pening kepala.Sebagai generasi muda aku rasa bingung tak tahu mana satu yang betul.Parti politik ni kutuk sana,parti politik sana kutuk sini.Sibuk cari aib parti politik lain.Bukankah bagus kalau diorang kukuhkan lagi atau perbaiki kelemahan parti sendiri compare than sibuk salah menyalahkan.Bagaikan tiada penghujungnya.

Yang terbaru,demonstrasi.Tak salah kalau nak buat demonstrasi atau yang seangkatanya dengannya TAPI perlu lah beradab,berdemonstrasi lah dengan cara yang baik.Kalau nak bersuara gunakanlah saluran yang betul jangan terlalu mengikut emosi.

Berkaitan dengan PTPTN,aku harap perkara ini dapat dibincangkan dan diselesaikan secepat mungkin.


Aku tertanya-tanya kenapa bila berkaitan dengan politik semua orang sibuk nak perjuangkan dan nampak berkobar-kobar,tapi bila berkaitan dengan isu murtad,pembuangan bayi dan masalah sosial lain?

Aku pernah cakap dekat Pak Uda (pak cik aku)."Boleh tak bila dah besar nanti tak nak undi mana-mana parti".
Pak uda kata tak boleh,mengundi ialah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia.Sebab itu lah sebelum mengundi tu kita perlu tahu setiap parti politik,apa yang diperjuangkannya.kita perlu jadi orang yang berilmu.Pak uda pesan apa yang diperjuangkannya yang pertama sekali ialah perjuangan menegakkan islam,islam tu kene letak tempat yang tertinggi.

Ini hanya lah pandangan aku,setiap orang ada pandangan masing-masing.Umurku belum cukup untuk mengundi, tapi aku perlu tahu perkembangan politik ,ekonomi,sosial negara kerana MALAYSIA is my country !

Mungkin ada yang berpendapat budak-budak tak perlu tahu pasal politik,jumut betul pemikiran itu.Bagi aku penting untuk tahu perkembangan semasa negara termasuklah politik.Supaya kita dapat membuat penilaian tapi bukanlah sampai berpolitik sana berpolitik sini sampai lupa pasal keutamaan kita untuk menuntut ilmu.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah ,yang buruk itu datang daripada diriku sendiri. Jika ada salah dan silap,aku mohon maaf.Luahan+pendapat+komentar korang amat dihargai.

I'm not anti or pro goverment,i;m just pro common sense.PEMERHATI,PENDENGAR.I see,I read,I listen,I hear,I write....