bajetstudious

Saturday, April 28, 2012

BERSIH

assalamualaikum..

BERSIH 3.0 telah berlangsung pada 28.4.2012~
Aku tak tahu lah apa perjuangan BERSIH ni sebenarnya.Aku tertanya-tanya apa yang korang perjuangkan.
Adakah anda tahu bahawa di facebook aku banyak cerita pasal BERSIH ni.Asal online semuanya pasal politik dan demonstrasi,ada yang menyokong dan ada yang membantah.

Okeh aku baca dua-dua pihak.Pihak penyokong kata lain pihak pembangkang kata lain.Mana satu lah agaknya yang betul.Laman fb aku dok penuh dengan masing-masing punya cerita.Pihak sana maki sini.Pihak sini maki sana.*pening


Tapi apa yang aku nampak kesudahannya korang bergaduh sesama sendiri,kerana perbezaan politik ,masyarakat bertelagah,berpuak-puak.Fitnah berleluasa,bermaki-makian..semua yang aku nampak ke arah negatif.

Bersederhanalah,jangan terlampau taksub dengan sesuatu parti politik tu.Berpolitik tidak salah asal kau jangan lupa tanggungjawab kau sebagai khalifah atau hamba Allah di muka bumi Allah ini.

Aku sayang dan cinta sangat-sangat Malaysia.My beloved country.Aku tak nak kita berpecah belah.Cuba lah belajar untuk bersyukur.

Tentu best giler kan kalau korang dapat buat demonstrasi ramai-ramai untuk kempen SAVE GAZA atau kempan-kempen amal,bantah program hiburan yang keterlaluan,bantah seks bebas,homoseksual dan sebagainya.

BERSIH ni ada pro dan kontra nya.Kerajaan tanpa pembangkang susah juga,nanti terlampau selesa.So,kerajaan dapat lah perbaiki kelemahan mereka.Macam saling melengkapi kan.Tapi pembangkang jangan lah terlampau asyik nak membangkang,cari salah kerajaan sampai lupa tanggungjawab pada masyarakat,bangsa dan agama.

Aku berharap pilihan raya dapat dijalankan secepat mungkin.Siapa yang menjadi pilihan rakyat?



No comments:

Post a Comment