bajetstudious

Thursday, April 19, 2012

politik

assalamualaikum..

POLITIK di Malaysia,membuatkan aku pening kepala.Sebagai generasi muda aku rasa bingung tak tahu mana satu yang betul.Parti politik ni kutuk sana,parti politik sana kutuk sini.Sibuk cari aib parti politik lain.Bukankah bagus kalau diorang kukuhkan lagi atau perbaiki kelemahan parti sendiri compare than sibuk salah menyalahkan.Bagaikan tiada penghujungnya.

Yang terbaru,demonstrasi.Tak salah kalau nak buat demonstrasi atau yang seangkatanya dengannya TAPI perlu lah beradab,berdemonstrasi lah dengan cara yang baik.Kalau nak bersuara gunakanlah saluran yang betul jangan terlalu mengikut emosi.

Berkaitan dengan PTPTN,aku harap perkara ini dapat dibincangkan dan diselesaikan secepat mungkin.


Aku tertanya-tanya kenapa bila berkaitan dengan politik semua orang sibuk nak perjuangkan dan nampak berkobar-kobar,tapi bila berkaitan dengan isu murtad,pembuangan bayi dan masalah sosial lain?

Aku pernah cakap dekat Pak Uda (pak cik aku)."Boleh tak bila dah besar nanti tak nak undi mana-mana parti".
Pak uda kata tak boleh,mengundi ialah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia.Sebab itu lah sebelum mengundi tu kita perlu tahu setiap parti politik,apa yang diperjuangkannya.kita perlu jadi orang yang berilmu.Pak uda pesan apa yang diperjuangkannya yang pertama sekali ialah perjuangan menegakkan islam,islam tu kene letak tempat yang tertinggi.

Ini hanya lah pandangan aku,setiap orang ada pandangan masing-masing.Umurku belum cukup untuk mengundi, tapi aku perlu tahu perkembangan politik ,ekonomi,sosial negara kerana MALAYSIA is my country !

Mungkin ada yang berpendapat budak-budak tak perlu tahu pasal politik,jumut betul pemikiran itu.Bagi aku penting untuk tahu perkembangan semasa negara termasuklah politik.Supaya kita dapat membuat penilaian tapi bukanlah sampai berpolitik sana berpolitik sini sampai lupa pasal keutamaan kita untuk menuntut ilmu.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah ,yang buruk itu datang daripada diriku sendiri. Jika ada salah dan silap,aku mohon maaf.Luahan+pendapat+komentar korang amat dihargai.

I'm not anti or pro goverment,i;m just pro common sense.PEMERHATI,PENDENGAR.I see,I read,I listen,I hear,I write....







No comments:

Post a Comment