bajetstudious

Sunday, May 19, 2013

Diari seorang diplomat

assalamualaikum.

alhamdulillah.Segala puji-pujian hanya kepada Allah.

Diari Seorang Diplomat.Hikmah yang Tersirat.
Buku yang baru aku beli.Kisah bagaimana seorang
diplomat menyesuaikan diri di perantauan yang telah
diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik.

ketakutan dan kebimbangan sudah tidak perlu difikirkan jika
ingin hidup seperti orang normal di negara yang bergolak.
Hidup dalam ketakutan bagai tidak hidup.Kelangsungan hidup 
memerlukan sedikit keberanian yang bijak.  -Penulis-

sebelum itu AL-FATIHAH buat Allahyarham penulis.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
dalam kalangan orang yang beriman.amin.

Aku tertarik dengan ayat kat belakang buku ni

Apakah kerinduan saya pada Malaysia membuatkan
segalanya kelihatan tidak indah di sini ?

Setelah mengetahui saya sudah tinggal di sini selama setahun,
seorang pegawai kanan Pakistan yang bekerja di sebeuah kementerian
bertanya kepada saya,"Adakah anda suka Pakistan?"

Oleh kerana saya menghormatinya dan tidak mahu
mengecewakannya,sambil tersenyum sumbing
saya membalas "Saya suka mangga Pakistan.Mangga anda sangat manis."

# Masa aku belek buku ni aku tak perasan yang penulis ni sudah meninggal dunia.
Dah beli sampai kat rumah baru aku tahu yang penulisnya dah meninggal dunia.
Itu pun selepas aku baca penulis dalam kenangan.

Pengajaran yang aku dapat daripada buku ini ialah kita patut rasa bersyukur
dengan segala apa yang kita miliki.Nikmat iman,islam,keluarga,sahabat,
negara yang aman dan sebagainya.

Alhamdulillah aku bersyukur dapat tinggal di bumi yang bertuah ini.
Jika kita rasa diri kita susah,ingatlah saudara-saudara kita di Gaza dan sebagainya
yang lebih susah daripada kita. Aku tabik saudara seislam ku di Gaza yang begitu kuat
dan tabah,alangkah indahnya jika aku mampu jadi seperti mereka.

Menjadi muslim tu bukan hanya luaran sahaja.Dalaman pun penting juga.
Practice islam.Islam is the way of life. Islam tu bukan hanya pada nama sahaja.

Keseluruhan buku ni sangat bagus.Disarankan untuk beli .