bajetstudious

Wednesday, May 23, 2012

Hijrah

assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah semakin ramai artis yang bertudung  sekarang.Seriusly,they are so beautiful wearing hijab.subhanallah.

Hijrah tu tak semestinya dengan wearing hijab je,tapi hijrah daripada semua aspek.Hijrah ke arah better person/muslim/muslimah.

Alhamdulillah bukan sahaja artis wanita malahan artis lelaki juga ada yang telah berhijrah.Awesome ! Amazing ! Thank you Allah.

Reflek diri kita ya.Jangan kita menghina or mencaci or mengumpat seseorang yang tak pakai tudung/tak menutup aurat.May be dia lebih baik daripada kita.(Ya tidak dinafikan bertudung itu lebih baik)

One more thing,kalau kita nak menegur seseorang tu gunakan cara yang baik ya.Budi bahasa budaya kita.

"Dia tak pakai tudung,tak tutup aurat,pakai baju seksi,konfem masuk neraka !"..Siapa kita untuk berkata begitu.Kita bukan tuhan yang menentukan syurga neraka.Kita hanya lah hamba Allah.Kita juga tak lepas daripada melakukan kesilapan.

"Setiap anak adam pasti melakukan kesilapan,dan yang paling baik antara mereka adalah yang bertaubat"(riwayat al-tarmizi)
Hijarah.Now or never. Not try and error but try and learn 

Ya Allah ,tuhan yang membolak-balikkan hati,teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkan kami kepada jalan ketaatan.
 * May Allah Bless us..Reflek diri kita
 

Thursday, May 17, 2012

Teman,Aku ingin

Teman,aku ingin..
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan terjalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit,

Serta tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai penjaga

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan tali maut,
akidah mantap tidak terrenggut,
roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid,rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
fikrahnya jernih,menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul

Aku cintkan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetapi mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di mahkamah Mahsyar nanti.

#Tautan Hati-FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN

Tuesday, May 15, 2012

Skuad Hoki Remaja

assalamualaikum

Alhamdulillah dan tahniah buat pasukan hoki remaja kebangsaan (skuad projek 2013).Gembira sangat tengok match Malaysia vs Pakistan.Lepas Malaysia menang,penyokong-penyokong semua turun dan jumpa pemain2.Oh I wish i can be there.hehe.

Bagi aku penantian 20 tahun (kalau tak silap) memang cukup berbaloi,hasilnya memang cukup membanggakan rakyat Malaysia.Semalam tengok kafe sukan kat astro arena,best tau pasal skuad hoki remaja.Especially masa diaorang bagitahu antara salah satu kejayaan,tampal kata-kata semangat kat lif,bila kamera zoom.Wow ! panjang betul kapten pasukan tulis kata-kata semangat.hehe

Aku harap sangat skuad projek 2013 ni dapat melayakkan diri ke pertandingan hoki piala dunia 2013 nanti walaupun tanpa 6 pemain (yang sudah melepasi had umur 21 kalau tak silap).


Moral of the story,berusaha lah walaupun kita kene start from the bottom.Usaha tangga kejayaan.Kejayaan tu tak datang bergolek tanpa usaha yang setimpal dengannya.Think about it ! Allah tu maha penyayang,setiap yang berlaku ada hikmahnya.Macam skuad hoki remaja yang menang piala asia 2012 setelah 20 tahun kempunan nak bawa balik piala.As long as kite bersabar dan berusaha.Keep moving forward.Perkara yang lepas dijadikan iktibar.Daebak !

I watch,i see, i write and i learn something.