bajetstudious

Sunday, November 4, 2012

hambaMu

assalamualaikum

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku 

 Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan
 ~Jika terakhir buatku~…SAUJANA


 
Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku
sesungguhnya,aku takut mati
adakah banyak amal dan ibadatku untuk dibawa mati?
persoalan ni yang seringkali bermain di fikiranku.

Ya Allah
kadang-kadang aku rasa kosong dalam hidup ni
mencari sesuatu dalam hidup
bila aku renung dan muhasabah diri balik
mungkin aku patut back to the basic,
iaitu kembali kepada Allah

tidak aku nafikan  selama ni aku terlalu lalai
dengan kehidupan dunia,
banyak dosa-dosaku padaMu
aku malu dengan diriku

Ya Allah
aku ingin memperbaiki diri
menjadi hambaMu yang beriman dan bertakawa
menjadi better muslimah
menjadi anak yang baik
menjadi sahabat yang baik
menjadi dan terus menjadi yang lebih baik

yah changing for good is not a crime
tapi nak mengekalkan 'baik' tu susah
memerlukan istiqamah yang berterusan

Ya Allah berikanlah aku kekuatan
dan ketabahan dalam melayari
kehidupan ini.

May Allah bless us until jannah

di kesempatan ini juga aku ingin memohon
maaf atas segala salah dan silap aku sepanjang
bergelar insan dan hamba Allah di muka bumi ini.

sesungguhnya aku ini hanya insan biasa yang tidak lepas
daripada melakukan kesilapan
dan sedang berusaha memperbaiki diri ini.





No comments:

Post a Comment